KUALA LUMPUR, 13 JAN: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memukul seorang warga emas yang dipercayai menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang di sini, Khamis lepas.
JOHOR BAHRU, 7 JAN: Dua wanita dihanyutkan arus deras selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu jatuh ke dalam longkang di Kilometer 42.5, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Sejumlah 598,635 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Dis tahun lepas.
SHAH ALAM, 22 DIS: Dua lelaki maut manakala lima yang lain termasuk seorang bayi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 DIS: Polis akan menempatkan anggota trafik di kawasan yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan dan kesesakan di seluruh negara sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu minggu depan.
TANGKAK, 21 DIS: Seorang pemandu dan kelindannya maut manakala tiga lagi individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga lori di KM164.8 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tangkak arah Selatan, di sini, awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 20 DIS: Sebanyak 34 skrin diod pemancar cahaya (LED) dipasang di sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memaparkan infografik statistik kemalangan maut di negeri ini.
IPOH, 17 DIS: Polis harap mana-mana individu yang mempunyai bukti seperti rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan atau kamera litar tertutup (CCTV), berhubung kes pelajar maut selepas dilanggar kenderaan yang disyaki dipandu seorang pegawai kanan polis Jumaat lepas, untuk tampil membantu siasatan.
KEPALA BATAS, 16 DIS: Dua guru maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di Jalan Sungai Lokan, di sini awal pagi tadi.
IPOH, 16 DIS: Pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kemalangan membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru di sini semalam, direman selama tiga hari.
KUANTAN, 15 DIS: Seorang suri rumah dan dua anaknya maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler di kilometer 17 Jalan Lipis-Benta, di Penjom dekat Kuala Lipis, awal pagi ini.
IPOH, 7 DIS: Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.
MERSING, 28 NOV: Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas dilanggar pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Lesen pengendali syarikat lori, C&L Minerals Sdn Bhd yang terlibat dalam insiden berlanggar dengan 14 kenderaan di Putrajaya pada 20 Sept lepas, digantung 28 hari berkuat kuasa 19 Nov ini.
IPOH, 14 NOV: Tiga bersaudara yang rentung dalam kemalangan jalan raya di Kawasan Perindustrian Bercham dekat sini, malam tadi baru selesai menghantar juadah Deepavali ke rumah nenek mereka di Taman Perpaduan di sini petang semalam.
BUKIT MERTAJAM, 12 NOV: Remaja lelaki yang juga pemandu kereta dalam kemalangan membabitkan dua mangsa maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
BUKIT MERTAJAM, 11 NOV: Dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang...
Pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) bertujuan menyediakan perlindungan kepada penduduk negeri ini yang mengalami kecederaan atau kematian akibat kemalangan.
KUALA LUMPUR, 15 OKT: Tindakan pembaikan sementara telah dilaksanakan di susur masuk ke arah Lebuhraya MEX dan pusat membeli belah MyTown di Bulatan Kampung Pandan, Cheras dan Kilometer (km) 8.2 arah Kepong di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) semalam, susulan insiden kemalangan yang berlaku di kedua-dua lokasi itu.
IPOH, 15 OKT: Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar pembahagi tol dalam kejadian di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lewat malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.